Ini 7 Kategori Pengecualian MyTravelPass Bermula 1 Okt

30 Sep 2021 • 2:35 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bermula esok (1 Oktober 2021) -- Jabatan Imigresen Malaysia memberikan kelonggaran kepada warganegara Malaysia yang ingin keluar negara atas beberapa tujuan serta pengecualian daripada memohon kelulusan MyTravelPass (MTP).

Antara tujuan yang dibenarkan adalah seperti berikut: 

1. Pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, bersama 2 orang pengiring;

2. Pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara bersama 2 orang pengiring;

3. Pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara bersama 2 orang pengiring;

4. Urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal;

5. Bertemu isteri atau suami di luar negara di mana perkahwinan hanya didaftarkan di luar negara;

6. Menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat;

7. Menyertai misi bantuan kemanusiaan.

image is not available

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook Jabatan Imigresen Malaysia.

Sementara itu, diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada.

Bagi memudahkan urusan, Jabatan Imigresen menasihatkan warganegara yang diberi pengecualian itu untuk menyediakan semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan dan ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di mana-mana kaunter pintu masuk negara.

Sumber: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia