Program vaksin bergerak diteruskan bermula di Subang Jaya, Shah Alam esok

18 Sep 2021 • 4:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 SEPT: Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak tanpa janji temu diteruskan lagi bermula di Subang Jaya dan Shah Alam esok.

Program dengan slot terhad itu bagi memastikan semua penduduk termasuk warga asing di Selangor mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi Facebook EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, program tersebut akan berlangsung lapan hari melibatkan 15 lokasi dengan yang terakhir di Pandamaran pada 26 September.

Syarat bagi menyertainya ialah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara, berumur 18 tahun dan ke atas serta masih belum menerima vaksin dos pertama.

Permohonan pra-daftar boleh dibuat di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dengan memasukkan kod baucer tertera di poster.

Orang ramai dinasihatkan membawa kad pengenalan atau passport ke lokasi SelVax bagi tujuan itu.

Lokasi lain bagi program itu ialah Shah Alam, Petaling Jaya, Dusun Tua, Klang, Sijangkang, Bandar Baru Klang dan Morib.

Bandar Baru Selayang, Sungai Chua, Dengkil, Kuala Kubu Bharu, Damansara Damai serta Bandar Utama.

image is not available

image is not available

The post Program vaksin bergerak diteruskan bermula di Subang Jaya, Shah Alam esok appeared first on Selangorkini.