Siri iPhone 13 Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 8 Oktober

TechnologyDigital
15 Sep 2021 • 2:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kini, anda tidak lagi perlu menantikan lama dan membeli set iPhone dari negara lain. Apple hari ini mengesahkan yang mana siri iPhone 13 akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula 8 Oktober 2021 ini.

Untuk pengguna tempatan, anda boleh melakukan pra-tempahan untuk iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max bermula 1 Oktober melalui laman rasmi Apple.

image is not available

Selain itu, syarikat telekomunikasi turut dijangka membuka pra-tempahan masing-masing pada tempoh lebih kurang sama.

Di Malaysia, iPhone 13 ditawarkan pada harga bermula RM3899, iPhone 13 Mini pada harga bermula RM3399, iPhone 13 Pro pada harga bermula RM4899, dan akhir sekali iPhone 13 Pro Max pada harga bermula RM5299. Apple turut menyediakan penawaran storan sehingga 1TB melalui iPhone 13 Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved