Apple Watch Series 7 Hadir Dengan Rekaan Skrin Lebih Besar

TechnologyDigital
15 Sep 2021 • 1:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama pengenalan iPad, Apple turut mengambil peluang dalam memperkenalkan jam tanga pintar terbaru mereka hari ini, iaitu Apple Watch Series 7.

Apple Watch Series 7 hadir dengan rekaan yang sedikit nipis, dan menariknya, ia kini menawarkan rekaan skrin yang sedikit besar.

image is not available

Dengan rekaan yang besar ini, ia akan memudahkan pengguna untuk melihat mesej panjang dengan mudah, selain memudahkan anda berinteraksi dengan menaip melalui papan kekunci penuh pada jam tangan pintar berkenaan.

image is not available

Disamping itu, Apple Watch Series 7 juga turut menyertakan sokongan kalis air dan debu, dan pada masa yang sama menjanjikan sokongan ketahanan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Bateri juga ditambah-baik, dimana ia menawarkan kebolehan pengecasan pantas 33% lebih laju berbanding Series 6. Apple menggunakan pengecas magnetik berasaskan USB-C untuk menjayakan perkara ini.

image is not available

Jam tangan pintar terbaru ini bakal mengantikan penawaran jam tangan mercu Apple yang lain di pasaran dalam masa beberapa minggu lagi.