Celcom Dijangka Memperkenalkan VoLTE Untuk Pengguna Prabayar Seawal Penghujung 2021, Atau Awal 2022

TechnologyDigital
20 Sep 2021 • 9:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai syarikat telekomunikasi telah memperkenalkan perkhidmatan VoLTE kepada pelanggan mereka, termasuk tidak ketinggalan adalah Celcom. Namun, Celcom sekadar memperkenalkan khidmat VoLTE kepada pelanggan pascabayar sahaja buat masa ini.

Bercakap mengenainya, pihak Celcom kini mengatakan yang mana sokongan VoLTE akan diperkenalkan kepada pelanggan prabayar mereka seawal penghujung 2021 ini, atau pada awal 2022 kelak.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna prabayar turut menggunakan rangkaian 4G LTE dalam melakukan panggilan suara – yang mana berkualiti tinggi, selain tidak menganggu penggunaan rangkaian data ketika panggilan suara.

Dengan penamatan rangkaian 3G pada penghujung tahun 2021 ini, mungkin pengguna perlu bergantung sementara dibawah rangkaian 2G untuk panggilan suara, sebelum dapat menikmati VoLTE ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved