Xiaomi Pad 5 berkuasa tinggi, naik taraf siri iPhone 13 & Pakej Remaja data 20GB RM30 | SBM #36

Digital
21 Sep 2021 • 3:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Antara isu yang dikupaskan dalam video minggu ini, apakah pakej Internet murah yang disediakan untuk bantu remaja dan pelajar berhubung ke internet? Realme Band 2 hanya RM169? Apa naik taraf pada siri iPhone 13, iPad dan iPad mini?

1. GoPro Hero 10 Black: Maklumat penjualannya di Malaysia

GoPro Hero 10 Black sudahpun dilancarkan. Ia menggunakan sensor pengimejan GP2 serba baru. Pada sudut resolusi rakaman, ia menyediakan resolusi 5.3K pada 60fps dan rakaman gambar pegun pada 23MP.

Spesifikasi penuh di sini.

image is not available

2. Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K & sokongan Smart Pen

Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Pad 5 ke pasaran antarabangsa. Ia menggunakan sistem operasi khusus tablet, MIUI for Pad dan dikuasakan oleh cip flagship Qualcomm Snadpragon 860. Skrin LCDnya berukuran 11-inci dengan resolusi 2K WQHD+, serta kadar penyegaran setinggi 120Hz.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

3. Siri Xiaomi 11T berkongsi kamera Cinematic dengan kuasa Snapdragon 888 dan Dimensity 1200 Ultra

Xiaomi melancarkan siri Xiaomi 11T. Ia menawarkan prestasi kelas flagship pada harga yang lebih mampu dimiliki. Ada dua model dalam siri ini, Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

4. Siri iPhone 13: Maklumat penjualannya di Malaysia

Ada empat model dalam keluarga iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Semua siri iPhone 13 menggunakan cip baru A15 Bionic.

Maklumat lanjut di bawah:

  1. iPhone 13 & iPhone 13 mini kekal harga lama tapi storan diganda
  2. Siri iPhone 13: Maklumat penjualannya di Malaysia
  3. iPhone 13 Pro Max: 5 perubahan yang perlu anda tahu

image is not available

5. iPad gen-9 & iPad Mini gen-6

Apple memperkenal iPad baru generasi ke-9. Ia menggunakan cip lebih berkuasa A13 Bionic dengan Enjin Neural. Untuk iPad mini pula, ia menggunakan cip A15 Bionic.

Maklumat lanjut di bawah:

  1. iPad gen-9 dikuasakan Enjin Neural kini ada True Tone dan Center Stage
  2. iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic
  3. Harga jualan iPad & iPad mini terbaru di Malaysia

image is not available

6. Annuar Musa umum Pakej Remaja 20GB RM30 dan Peranti Keluarga hanya RM40 sebulan

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan 'Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia'. Ia menawarkan data mudah alih untuk remaja dan pelajar yang lebih mampu milik. KKMM turut umum pakej peranti di bawah 'Pakej Peranti Keluarga Malaysia'.

Berita penuh di sini.

image is not available

7. Realme Band 2 dilancar dengan harga promo RM139

Realme melancarkan gelang tangan kecergasan yang baru iaitu Realme Band 2. Ia dijual pada harga RM169. Untuk beraktiviti, 90 mode sukan dimasukkan terus dalam gelang ini.

Spesifikasi penuh di sini.

image is not available