Ini Rupa Kotak Siri iPhone 13 Tanpa Plastik, Digantikan Dengan Tape Kertas

Digital
21 Sep 2021 • 1:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
iPhone

iPhone siri 13 telahpun dilancarkan dan sepertimana yang diumumkan Apple, kotak siri iPhone terbaru itu tidak lagi mempunyai pembalut plastik seperti model-model sebelum ini. Dahlah makin kecik kotaknya, siap takde plastik pulak.

BACA : iPhone 13 Pro Dan Pro Max Dilancarkan, Harga Sehingga RM7,599 Bagi Storan 1TB

image is not available

Menurut laporan Fuzz.my, Apple berbuat sedemikian kerana untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menjadikan produk keluaran mereka itu lebih mesra alam.

image is not available

Korang boleh bayang tak kotak dia macam mana? Walaubagaimanapun, terdapat satu gambar yang tular menunjukkan rekabentuk kotak tanpa plastik bagi iPhone 13 itu. 

image is not available

Terdapat tape kertas yang boleh dikoyak bagi menggantikan pembalut plastik pada bahagian atas kotak. Fungsi ini menunjukkan bahawa selagi ada tape kertas itu, kotak tersebut masih belum dibuka.

Apa pandangan korang? Menurut Apple lagi, mereka dapat menjimatkan 600 tan metrik plastik apabila tidak lagi menggunakannya pada kotak iPhone siri 13. Apple juga merancang agar tidak menggunakan plastik pada semua produk mereka menjelang 2025.

Kredit: Fuzz.my | Beebom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Ini Rupa Kotak Siri iPhone 13 Tanpa Plastik, Digantikan Dengan Tape Kertas appeared first on Oh! Media.