Jaminan Samsung Care+ percuma 1 tahun dan e-baucar sehingga RM500 menanti pembeli Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 5G

Digital
22 Sep 2021 • 10:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Telefon pintar paling maju boleh mula menjadi milik anda. Samsung akan mula menjual telefon pintar dengan skrin lipat terbaru mereka, Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 5G ke pasaran Malaysia dan anda pasti tidak mahu terlepas mendapatkannya bersama tawaran menarik yang disediakan.

Dari 22 September sehingga 31 Oktober 2021, terima e-baucar serta jaminan perlindungan Samsung Care+ dengan setiap pembelian telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 5G di Stor Online Samsung Malaysia. Pembeli juga layak menerima diskaun sebanyak 30% untuk pembelian aksesori terpilih menerusi tawaran eksklusif pembelian-atas-pembelian (PWP).

Dalam tempoh promosi ini, pembeli Samsung Galaxy Z Fold3 5G akan menikmati tawaran bernilai RM1,299 berupa e-baucar bernilai RM500 dan Samsung Care+ bernilai sehingga RM799.

Pembeli Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula akan menerima tawaran bernilai RM1,049 dalam bentuk e-baucar RM350 bersama Samsung Care+ bernilai sehingga RM699.

Galaxy Z Fold3 5G datang dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver. Manakala Galaxy Z Flip3 5G boleh dipilih di antara 4 warna yang disediakan iaitu Cream, Phantom Black, Green dan Lavender.

Harga dan varian RAM serta storan peranti ini di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy Z Fold 3 (12+256) – RM6,699
  • Galaxy Z Fold 3 (12+512) – RM7,099
  • Galaxy Z Flip 3 (8+128) – RM3,999
  • Galaxy Z Flip 3 (8+256) – RM4,199

Pasti kecanggihan telefon boleh lipat terbaru Samsung ini menarik minat anda. Dapatkan tawaran eksklusif ini dengan melayari laman web Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved