Lelaki Didakwa Palsukan Sijil COVID-19 Untuk Dine In Di Restoran

15 Sep 2021 • 11:50 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan AFP

SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 30 tahun dituduh memalsukan memorandum doktor tentang status vaksinasinya akan didakwa di mahkamah hari ini

Lelaki itu didakwa telah menunjukkan salinan digital nota dari doktor yang dipalsukan supaya dia boleh dine in di sebuah restoran di Jalan Orchard pada 1 September.

Pekerja di kedai makan itu memeriksa sijil tersebut dan mengesyaki bahawa ia telah dipalsukan.

Mereka kemudian meminta lelaki itu untuk meninggalkan premis tersebut dan memanggil polis untuk membuat satu laporan.

Pegawai dari Polis Bahagian Tangling menjalankan penyiasatan dan mengenal pasti lelaki tersebut, dia telah ditahan pada 14 September.

Dia akan berdepan dengan tuduhan pemalsuan, kata satu kenyataan polis yang dikeluarkan semalam.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang tidak mengikuti langkah pengurusan COVID-19 atau secara terang-terang tidak menghormati undang-undang,” kata kenyataan itu. - The Straits Times