Fon Telinga Vivo TWS 2 Dan TWS 2e Turut Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM269

TechnologyDigital
22 Sep 2021 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo hari ini mengumumkan penawaran dua fon telinga nirwayar baharu untuk pengguna di Malaysia – iaitu Vivo TWS 2 dan TWS 2e. Kedua-duanya menampilkan sejumlah aspek yang sama pada setiap rekaan fizikal dan spesifikasi utama. Bagi anda yang berminat, Vivo TWS 2 ditawarkan pada harga RM369, sementara itu Vivo TWS 2e pula berharga RM269. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Starry Blue dan Moonlight White.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Vivo TWS 2 dan TWS 2e menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk segi empat. Seterusnya, kedua-duanya juga dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 12.2mm, di samping tiga mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik.

image is not available

Fon telinga ini turut dilengkapi pembatalan hingar aktif, sokongan audio DEEP-HD dan mod permainan latensi 88ms. Sebagai tambahan, ia juga menyokong penarafan kalis air IP54, ketahanan bateri mencapai 30 jam, tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.2 dan sebagainya.