Pengantin, wali belum lengkap divaksin wajib buat ujian Covid-19

14 Sep 2021 • 12:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 SEPT: Hanya pasangan pengantin di negeri yang belum lengkap suntikan vaksin diwajibkan menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Arahan berkuat kuasa esok turut dikenakan ke atas wali dalam tempoh 72 jam atau tiga hari dari pelaksanaan upacara akad nikah di pejabat agama Islam daerah dan masjid.

Dalam lampiran di Facebook, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan keputusan ujian perlu diserahkan kepada pendaftar perkahwinan sebelum majlis berlangsung.

Ketua pendaftar perkahwinan, penceraian dan rujuk atau pegawai tadbir agama boleh menangguhkan atau membatalkan upacara nikah jika melanggar syarat berkenaan.

Dalam lampiran sama, agensi itu memaklumkan akad nikah dilaksanakan dengan kehadiran fizikal di Jais, pejabat agama dan masjid sahaja pada setiap hari.

Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki dan perempuan serta wali sahaja manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

Individu lengkap suntikan vaksin berdasarkan kad atau sijil digital perlu memenuhi kriteria berikut:

1. Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac: Melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua
2. Johnson & Johnson dan CanSino: Melepasi 28 hari dari tarikh suntikan kedua

image is not available
Foto Facebook Jais

The post Pengantin, wali belum lengkap divaksin wajib buat ujian Covid-19 appeared first on Selangorkini.