J&T Express Dalam Perbincangan Untuk Suntikan Dana Sebanyak RM4.14 Bilion Daripada Tencent

TechnologyDigital
1 Sep 2021 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

J&T Express merupakan salah satu syarikat penghantaran dan logistik yang tidak asing untuk pengguna tempatan. Ia sedia digunakan ramai, terutamanya melalui platform seperti Shopee untuk menghantar barangan kepada pengguna pada harga kompetitif berbanding perkhidmatan lain.

image is not available

Terbaru, ia dilaporkan J&T Express kini sedang melihat kepada suntikan dana baharu dalam terus memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka. Ia diperkatakan  J&T Express kini sedang berbincang dengan pihak Tencent dalam mendapatkan suntikan dana sehingga $1 bilion (iaitu sekitar RM4.14 bilion ikut kadar mata wang semasa).

Dengan ini, ia turut menilaikan syarikat J&T Express sekitar $20 bilion (~RM82.9 bilion).

Pelbagai perkhidmatan edagang menggunakan J&T Express untuk tujuan penghantaran, dan salah satu yang popular adalah Shopee – yang turut mempunyai pelaburan daripada pihak Tencent.

Dengan sunntikan dana pelaburan baharu ini, J&T Express turut menyasarkan untuk memperluaskan penawaran ke negara-negara lain – terutamanya Timur Tengah dan Amerika Latin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved