YouTube Menguji Kemampuan Muat Turun Daripada Web

TechnologyDigital
23 Sep 2021 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Banyak manfaatnya melanggan YouTube Premium. Bukan sahaja menonton video dengan bebas iklan, tetapi juga ada akses kepada YouTube Music, kandungan YouTube Originals, video boleh dimainkan di latar serta menyokong mod gambar-dalam-gambar.

Kemudian, pelanggan YouTube Premium seringkali dijemput untuk mencuba pelbagai ciri baharu menarik yang tidak boleh diuji oleh pengguna akaun percuma. Antaranya terjemahan teks di ruangan komen atau juga mod gambar-dalam-gambar khusus untuk pengguna iOS.

image is not available

Terkini, YouTube dilihat menjemput pengguna terpilih untuk menguji kemampuan memuat turun video daripada pelayar web. Ciri ini sudah lama ada pada versi aplikasi yang membenarkan pengguna menonton video tanpa akses Internet. Seperti biasa, ujian ini ditawarkan melalui pautan youtube.com/new.

image is not available

Apabila diaktifkan akan ada butang Download dipaparkan pada video. Tekan sahaja, video akan mula dimuat turun dan boleh diakses di youtube.com/feed/downloads. Hanya kualiti 1080p sahaja resolusi maksimum yang ditawarkan dan pengguna juga boleh terus tekan satu butang untuk padam semua yang telah dimuat turun.

image is not available

Perlu diingatkan yang video hanya boleh diakses melalui pelayar web, bagi memelihara hak cipta pencipta kandungan. Ujian ini dilihat ditawarkan kepada pengguna YouTube Premium terpilih sahaja dan akan tamat pada 19 Oktober akan datang. Tidak pasti sama ada, fungsi ini akan dikekalkan atau hanya ujian semata – sama-sama kita nantikan.

View Original Article