Kapasiti bateri siri iPhone 13 sekitar 13% lebih besar daripada siri iPhone 12

Digital
27 Sep 2021 • 12:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sungguhpun fizikaliti iPhone 13 daripada luar tak jauh beza daripada siri iPhone 12, anda boleh jangkakan naik taraf yang agak baik berbanding model terdahulu. Selain daripada naik taraf kamera pada iPhone 13 mini dan iPhone 13, Apple turut mempertingkat kapasiti bateri merentasi model.

Berikut adalah kapasiti rasmi bateri yang terkandung dalam setiap model iPhone 13.

image is not available

Sekitar 13% purata pertambahan kapasiti bateri boleh dicerap untuk siri kali ini. Perubahan paling besar ialah pada varian Pro Max yang mengalami peningkatan sebanyak 665mAh (18%). iPhone 12 dan 12 Pro yang dulunya berkongsi kapasiti bateri kini dah lain.

Namun begitu, iPhone 13 Pro miliki bateri lebih kecil berbanding iPhone 13, mungkin disebabkan kehadiran kamera ketiga yang memakan sedikit ruang di dalamnya.

Apple akan mula menerima tempahan untuk dapatkan siri iPhone 13 pada 1 Oktober 2021 dan penghantaran tempahan bermula 8 Oktober 2021. Beriktu adalah senarai harga keluarga iPhone 13 di Malaysia:

iPhone 13 Mini

  • 128GB RM3,399
  • 256GB RM3,899
  • 512GB RM4,799

iPhone 13

  • 128GB RM3,899
  • 256GB RM4,399
  • 512GB RM5,299

iPhone 13 Pro

  • 128GB RM4,899
  • 256GB RM5,399
  • 512GB RM6,299
  • 1TB RM7,199

iPhone 13 Pro Max

  • 128GB RM5,299
  • 256GB RM5,799
  • 512GB RM6,699
  • 1TB RM7,599

Sumber: MacRumors, Gambar Pemuka