Exabytes Menjadi Mangsa Serangan Perisian Tebusan – Penggodam Meminta $900K Tebusan Dalam Bentuk Kriptowang

TechnologyDigital
18 Sep 2021 • 11:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita sedia mendengar berkenaan pelbagai serangan perisian tebusan akhir-akhir ini. Terbaru, salah satu syarikat tempatan, Exabytes turut menjadi mangsa untuk serangan perisian tebusan, atau dikenali sebagai ransomware ini.

Menurut Exabytes, mereka menjadi mangsa serangan perisian hasad pada awal pagi ini, dimana penggodam berkenaan meminta sebanyak USD$900K sebagai wang tebusan, dan perlu dibayar dalam bentuk kriptowang.

Ini sekaligus membawa kepada beberapa masalah teknikal, dan kesukaran capaian perkhidmatan Exabytes.

Exabytes mengatakan pasukan teknikal mereka sedang berusaha keras dalam membaik-pulih keseluruhan perkhidmatan secepat mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved