Tiada negeri lepasi paras 2,000 kes Covid-19, Selangor catat 1,985

23 Sep 2021 • 3:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 SEPT: Sebanyak 13,754 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara hari ini menunjukkan penurunan lebih 1,000 kes berbanding 14,990 semalam, maklum ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook, juga memaparkan semua negeri merekod kes di bawah paras 2,000 dengan Selangor tertinggi iaitu 1,985.

Negeri lain dengan catatan lebih 1,000 kes ialah Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Pahang – 869
Perak – 844
Kedah – 783
Terengganu – 664

Kuala Lumpur – 383
Melaka – 292
Negeri Sembilan – 175
Perlis – 113

Putrajaya – 14
Labuan – lapan

The post Tiada negeri lepasi paras 2,000 kes Covid-19, Selangor catat 1,985 appeared first on Selangorkini.