Redbeat Academy sediakan kursus kemahiran digital hanya RM9.90 setiap sesi

8 Sep 2021 • 7:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Redbeat Academy oleh AirAsia kini menawarkan pendaftaran kursus teknologi dengan bayaran RM9.90 sahaja, bersempena dengan Promosi 9.9 Learning Series. Dengannya, anda boleh mempelajari atau menambah baik diri dengan kemahiran baharu menerusi pelbagai kursus teknologi yang menarik. Promosi ini bermula dari 9 September hingga 30 September 2021.

image is not available

Cara mendaftar

Pendaftaran boleh dilakukan melalui dua cara:

Pertama anda boleh buka akaun Redbeat Academy melalui aplikasi Airasia. Di situ anda hanya perlu klik pada ikon Academy.

image is not available

Kedua, anda juga boleh buka akaun Redbeat Academy di laman web rasminya.

Dapat dilihat, ada 9 pilihan topik kursus disediakan untuk promosi ini. Ia merangkumi Pemasaran Digital, Reka Bentuk UX, Analisis Data dan banyak lagi. Semuanya berlangsung selama satu jam dari 10 pagi sehingga 11 pagi. Pilih kursus yang anda mahukan dan lakukan pembayaran.

Peserta akan dilatih oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dalam bidang masing-masing. Pemilihan topik yang disediakan juga sudah diteliti oleh tenaga pengajar, berdasarkan topik industri semasa dan relevannya untuk dipelajari masa ini.

Untuk promosi ini, setiap individu yang telah mendaftar akan menerima baucar tambahan RM30. Baucar tersebut boleh digunakan untuk platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) oleh Redbeat Academy. Di situ anda boleh belajar mengikut keselesaan, masa dan tempat pilihan anda.

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus atau perkhidmatan pendidikan ini, anda boleh bacanya di laman web rasmi Redbeat Academy atau menerusi laman sosialnya iaitu di Facebook, Instagram dan Youtube.

View Original Article