Negaraku, Berikan Sedikit Kelonggaran Untuk Gubah Versi Sendiri - Michael Veerapen

16 Sep 2021 • 11:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Michael Veerapen - Gambar Syida Imran

Bagi memelihara maruah dan kehormatan Negaraku, Akta Lagu Kebangsaan (ALK) telah digubal pada 1968 di mana ia disemak semula pada tahun 1989.

Walaupun tiada peruntukan yang jelas dalam ALK perihal tatacara penggubahan Negaraku, sebuah stesen televisyen beberapa tahun lalu mengundang masalah apabila membikin dan menayangkan versi acapella lagu tersebut.

Insiden itu menjadi kekangan buat penggiat seni untuk menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan gubahan tersendiri ke atas lagu kebangsaan tersebut.

Dalam laporan video khas Getaran sempena Hari Malaysia yang ke-58 ini, kami menemu bual pemuzik tersohor, Michael Veerapen, akan perlunya rakyat diberi sedikit kebebasan kreativiti untuk menggubah Negaraku mengikut citarasa tersendiri.