Realme Band 2 dilancar dengan harga promo RM139

Digital
15 Sep 2021 • 3:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Realme ada satu produk berupa gelang tangan kecergasan yang baru. Pasaran Malaysia adalah yang pertama menerima Realme Band 2 untuk digayakan. Harganya boleh tahan menarik.

image is not available

Produk ini dijual pada harga RM169 diluar tempoh promosi tapi pada hari pertama jualannya iaitu pada 20 September 2021, anda boleh dapatkannya pada harga RM139 sahaja di Lazada.

Realme Band 2 ada paparan berwarna sebesar 1.4". Kecerahannya pada 500 nits, lebih kurang kecerahan telefon biasa dan sepatutnya tiada masalah untuk nampak maklumat yang terpapar di bawah cahaya matahari.

image is not available

2 sensor yang terbina pada aksesori tangan ini ialah akselerometer dan pengimbas nadi. Pengimbas nadinya boleh mengukur kadar degupan jantung dan kepekatan oksigen dalam badan. Untuk beraktiviti, 90 mode sukan dimasukkan terus dalam gelang ini yang akan dikemas kini daripada masa ke masa secara OTA.

image is not available

Kalau anda pakainya di luar aktiviti bersenam, ia turut mampu salurkan notifikasi daripada telefon untuk beritahu anda sekiranya ada mesej ataupun panggilan masuk.

Sumber: Realme