Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat

20 Sep 2021 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA SELANGOR - Jumlah mangsa banjir di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini mencatatkan sedikit peningkatan dengan 50 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, pada Isnin.

Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, jumlah mangsa banjir itu meningkat berbanding 48 individu pada Ahad.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 17 keluarga ditempatkan di PPS itu berbanding 16 keluarga sebelum ini.

"Penambahan dua lagi mangsa ditempatkan di PPS ini terdiri daripada masing-masing seorang lelaki dewasa dan warga emas," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Maizura berkata, seramai 13 petugas ditempatkan di PPS itu terdiri daripada APM (dua), polis (dua), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (dua) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor (tujuh).