Patah Balik Rumah Sebab Tertinggal Barang, Kantoi Isteri Dengan Lelaki Lain

Entertainment
29 Sep 2021 • 1:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial rakaman berdurasi 44 saat memaparkan seorang suami didakwa telah menangkap isteri curang dengan lelaki lain.

BACA: Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Bapa Lepas 35 Tahun, Ibu ‘Curang’ Masa Abah Outstation

Berdasarkan rakaman yang dikongsi pengguna TikTok @deejayfaz_official3, lelaki berkenaan dipercayai berpatah semula ke rumah kerana tertinggal barang.

image is not available
Tangkap layar video viral

Dia hilang kata-kata selepas ternampak isteri bersama individu lain di dalam rumah. Kejadian tular ini dipercayai berlaku di Jalan Bukit Katil, Melaka.

image is not available
Tangkap layar video viral

Dia yang berada di luar rumah hanya mampu menyebut nama Allah SWT, seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya di depan mata.

Masalahnya, saya keluar dia ingat saya pergi niaga. Saya tertinggal barang, saya patah balik.

Macam ni ya Allah ya Tuhanku. Saya cari duit bang, macam ni balasnya bang. Pukul 3,4 pagi baru saya dapat tidur.

Allahuakbar.

Lelaki itu mendakwa lagi, dia sudah mengesyaki perkara tersebut dalam masa dua ke tiga minggu kebelakangan ini. Namun, dia hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka tertangkap.

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

The post Patah Balik Rumah Sebab Tertinggal Barang, Kantoi Isteri Dengan Lelaki Lain appeared first on Oh! Media.