Xiaomi Pad 5: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
23 Sep 2021 • 10:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Di samping pelancaran telefon pintar siri Xiaomi 11T, tablet terbaru Xiaomi turut membuat kemunculannya di Malysia. Xiaomi Pad 5 diumumkan akan dijual di Malaysia mulai 24 September 2021.

Tablet Xiaomi ini hanya datang dalam versi WiFi sahaja, tiada sambungan internet mudah alih LTE atau 5G. Terdapat dua varian Xiaomi Pad 5 akan dijual di Malaysia iaitu:

Xiaomi Pad 5 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,399
Xiaomi Pad 5 (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM1,599

image is not available

Warna pula boleh dipilih antara kelabu dan putih. Papan kekunci Xiaomi Keyboard tidak dinyatakan dalam pelancaran ini. Manakala pen stailus Xiaomi Smart Pen yang serasi digunakan dengan Xiaomi Pad 5, dijual pada harga RM399 di Lazada.

Promosi Hari Pertama Jualan

Xiaomi akan memberikan diskaun sebanyak RM100 pada jualan hari pertama, iaitu 24 September 2021. Tetapi ia hanya untuk model 128GB serta boleh didapati di Stor Xiaomi Lazada sahaja. Diskaun ini menjadikannya harganya cuma RM1,299. Tiada hadiah percuma disertakan.

image is not available

Spesifikasi

Tablet berkuasa tinggi ini diperkasa oleh cip Snapdragon 860, RAM LPDDR4X 6GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Skrinnya jenis LCD 120hz, berukuran 11-inci dengan resolusi tinggi 2K WQHD+ (2560×1600) serta menyokong Dolby Vision.

image is not available

Baterinya agak besar, berkapasiti 8,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Pengecas disertakan di dalam kotak. Prestasi tinggi ini ditambah lagi dengan empat speaker stereo yang dikuasakan teknologi Dolby Atmos.

Kamera pula ada dua di tablet ini iaitu kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Kamera hadapannya terletak di atas bingkai, menjadikan skrin bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang.