Huawei Mate 50 Dilaporkan Turut Menyokong Sistem Komunikasi Satelit Untuk Kecemasan

TechnologyDigital
3 Sep 2021 • 3:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini Ming-Chi Kuo mengatakan iPhone 13 kelak menyokong komunikasi ke satelit orbit rendah bumi dalam situasi kecemasan. Panggilan telefon boleh dilakukan di kawasan di mana tiada perkhidmatan selular boleh dicapai. Kini menurut laporan Gizchina pula, Huawei Mate 50 turut akan mempunyai ciri yang hampir serupa.

image is not available

Huawei Mate 50 dipercayai menggunakan hubungan ke satelit BeiDou untuk membenarkan penghantaran SMS ketika kecemasan. Kerana ingin menyokong ciri ini, pelancaran Huawei Mate 50 ditangguh ke suku pertama 2022 dan bukannya pada bulan Ogos seperti biasa.

Tahun ini jadual pelancaran peranti mercu Huawei tertangguh dengan siri P50 hanya dilancarkan pada bulan Julai dan bukannya Februari seperti lazimnya. Malahan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat menyebabkan kesemua peranti P50 sekadar menyokong rangkaian 4G.