Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat

30 Sep 2021 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU- Hujan lebat hampir sejam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir.

Antara kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir pada jam 6 pagi itu ialah Kampung Melayu Majidee, Kempas Lurah, Taman Skudai Baru, Taman Johor Jaya, Kampung Ibu, Kolam Air, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kampung Pasir, Kampung Laut Skudai dan Kampung Kangkar Tebrau.

image is not available

Akibat kejadian itu, berlaku kesesakan lalu lintas selain menyebabkan beberapa kenderaan terkandas.

Namun, setakat ini tiada pusat pemindahan yang dibuka.