Pelajar Universiti Malaya? MR DIY Beri RM300 Tunai Melalui Touch ’n Go eWallet Kepada 15,000 Pelajar

TechnologyDigital
28 Sep 2021 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MR DIY kini mengumumkan inisiatif #DIY4UM, dimana melaluinya mereka akan mengedarkan bantuan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar Universiti Malaya yang akan kembali ke kampus pada bulan Oktober ini.

image is not available

Dengan bantuan RM300 ini, ia boleh digunakan para pelajar dalam membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.

Bantuan tunai ini akan diberikan kepada para pelajar melalui Touch ’n Go eWallet, dengan bayaran sebanyak tiga kali, iaitu RM100 pada 1 November, RM100 pada 30 November dan RM100 pada 30 Disember.

Semua pelajar Universiti Malaya boleh melakukan pendaftaran dalam talian melalui Portal Maya UM dari 3 Oktober 2021, dan mengesahkan mereka mempunyai dompet digital Touch ’n Go eWallet.

Pada masa yang sama, para pelajar juga akan menerima pulangan tunai sebanyak RM10 apabila melakukan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan MR DIY.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved