PPV KLCC ditutup secara rasmi esok

8 Sep 2021 • 10:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC akan ditutup secara rasmi bermula Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu berkata, PPV itu telah memberi 730,000 dos vaksin sejak mula beroperasi pada 7 Jun lepas.

Dr Anas ketika melawat operasi hari terakhir PPV itu pada Rabu menzahirkan penghargaan kepada semua petugas, penyelaras PPV dan pengamal perubatan swasta yang telah bekerjasama dengan KKM.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan dan dilantik sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dan badan bukan kerajaan kesihatan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). - Bernama