
Sebelum ini, Apple telah mengumumkan tarikh pelancaran iPhone terbaru yang akan berlangsung pada 14 September ini. Terdapat juga banyak laporan menjangka beberapa ciri dan spesifikasi yang dibawakan pada iPhone terbaru ini nanti. Mesti ramai yang tak sabar kan?
BACA : iPhone 13 Lancar 14 September Ini, Mungkin Dengan Beberapa Produk Lain?
Menurut laporan Fuzz.my, terdapat sebuah laman web e-dagang dari Ukraine telah menyenaraikan kesemua versi bagi keluaran iPhone kali ini bersama pilihan warna dan storannya. Warna apa yang special kalini?

Bagi iPhone 13 mini, ia didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Black, Blue, White, Red, Pink dan Purpleyang hadir dengan pilihan storan sebesar 64GB dan 128GB.

iPhone 13 juga mempunyai enam pilihan warna yang sama seperti 13 mini, tetapi pilihan storannya berbeza sedikit iaitu sebesar 128GB dan 256GB.

Untuk model 13 Pro dan 13 Pro Max, ia hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black, Silver, Bronze dan Gold. Pilihan storan untuk 13 Pro pula adalah sebesar 128GB atau 256GB manakala untuk 13 Pro Max pula adalah sebesar 256GB atau 512GB.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan iPhone siri 13 akan hadir dengan storan sebesar 1TB dan mungkin dijual pada harga lebih RM9,000. Apapun, kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti untuk mengetahui apa yang akan dibawakan pada iPhone terbaru ini secara rasmi.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
The post Ini Pilihan Warna Dan Storan Yang Hadir Pada iPhone 13? appeared first on Oh! Media.


