Boleh Rentas Negeri Tak Lama Lagi - Khairy Jamaluddin

LocalPolitics
3 Sep 2021 • 7:00 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mungkinkah ini satu berita baik untuk korang yang dah lengkap divaksin dan rindukan kampung halaman? 

Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Kata beliau, rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya. 

image is not available

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin