Bebas COVID-19, Aishah Ceria Dan Melompat Kegembiraan Keluar Hospital

11 Sep 2021 • 9:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Aishah berkongsi berita gembira apabila dia telah pun keluar daripada wad Hospital Ampang berikutan dirinya yang sebelum ini positif COVID-19 dan turut menghidap jangkitan kuman.

image is not available
ARTIKEL BERKAITAN Paras Oksigen Turun Mendadak, Aishah Berharap Agar Tidak Ditidurkan

Perkara tersebut dikongsikan Aishah menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada mereka di luar sana yang menitipkan doa buat dirinya agar segera sembuh dan pulih seperti biasa.

Alhamdullilah, tak tahu nak cakap macam mana bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah, syukurnya.T Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang, doakan juga untuk proses kesembuhan saya okay.

Dalam sebuah hantaran Instagram yang lain, penyanyi lagu Janji Manismu ini sempat mendedikasikan penghargaan buat para petugas kesihatan yang telah menjaganya sepanjang berada di hospital.

Dia juga turut merakam video serta foto bersama petugas barisan hadapan yang terlibat.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan syukur melihatkan Aishah kembali ceria dan semakin sihat.

Terdahulu, Aishah mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan dan telah dimasukkan ke hospital setelah paras oksigennya telah menurun kepada 92 peratus.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bebas COVID-19, Aishah Ceria Dan Melompat Kegembiraan Keluar Hospital first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.