Realme Bakal Hadir Dengan Mesin Basuh Tersendiri – Harga Bermula Sekitar RM1128

TechnologyDigital
29 Sep 2021 • 6:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang diketahui umum, Realme sedia hadir dengan pelbagai penawaran produk tersendiri. Tidak terhad kepada telefon pintar semata-mata, sebaliknya ia merangkumi sejumlah segmen lain seperti komputer riba, TWS, televisyen pintar, pengering rambut, robot hampagas, berus gigi pintar dan banyak lagi. Dalam perkembangan terkini, Realme nampaknya bakal hadir dengan mesin basuh tersendiri pula.

image is not available

Lebih menariknya lagi, mesin basuh ini juga telah tersenarai menerusi laman Flipkart bersama penawaran harga jualan. Ia adalah mesih basuh automatik sepenuhnya dan dikatakan mampu menyajikan kualiti cucian yang hebat. Melaluinya, ia berupaya menyajikan kelajuan berputar mencapai 700rpm. Seterusnya, ia juga menawarkan dua pilihan kapasiti berbeza iaitu 7.5 kilogram dan 8 kilogram. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan sehingga 10 mod cucian yang bagi membolehkan pengguna memilih serta mengawal mesin basuh berkenaan.

image is not available

Harga jualan adalah bermula INR19,990 iaitu sekitar RM1,128 untuk model 7.5kg. Sementara itu, model 8kg pula berharga INR26,490 (~RM1,495). Buat masa ini, ia hanya disenaraikan sebagai produk akan datang. Pada masa sama, terdapat juga ura-ura yang mengatakan ia bakal ditawarkan secara rasminya pada 1 Oktober ini.

Sumber : Flipkart