Oppo Melepaskan 20% Kakitangan Bahagian Perisian dan Peranti Selepas Bergabung Dengan OnePlus

TechnologyDigital
16 Sep 2021 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pertengahan tahun ini OnePlus bergabung semula dengan Oppo. Peta Lau, CEO OnePlus kemudian dilantik menjadi pengurus pembangunan produk OnePlus dan Oppo secara serentak. Apa yang berlaku setakat ini ialah kod sumber OxygenOS dan ColorOS turut telah digabungkan.

image is not available

Menurut laporan Bloomberg, Oppo telah melepas 20% kakitangan di bahagian perisian dan peranti mereka sebagai langkah pengurangan tenaga kerja. Pasca pembangunan, wujud pertindanan dan kakitangan yang tidak diperlukan telah dilepaskan oleh syarikat.

Antara pasukan yang menjalani proses pengurangan tenaga kerja ialah pembangunan ColorOS, peranti berhubung iOT termasuk jam tangan pintar serta TWS.Pengurangan tenaga kerja masih dilakukan walaupun Oppo adalah pengeluar telefon pintar keempat terbesar dunia pada suku pertama 2021.