LRA Sungai Semenyih operasi semula, air diagih berperingkat hari ini

4 Sep 2021 • 12:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 SEPT: Tindakan segera Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan henti tugas loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dapat mengelak pencemaran masuk ke sumber air terawat.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha bersama Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) sekali gus berjaya menyelesaikan isu pencemaran dalam tempoh kurang 12 jam.

“Alhamdulillah, langkah-langkah yang telah diambil ini telah berjaya menyelesaikan isu pencemaran semalam dalam tempoh kurang dari 12 jam.

“LRA Sungai Semenyih telah mula berfungsi dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat bermula hari ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post LRA Sungai Semenyih operasi semula, air diagih berperingkat hari ini appeared first on Selangorkini.