Siri iPhone 13: Ini saluran untuk lakukan tempahan awal

LocalDigital
30 Sep 2021 • 10:24 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Siri iPhone 13, tempahan untuk memilikinya dalam pasaran Malaysia akan dibuka pada tengah malam, 1 Oktober 2021 dan temapahan akan mula dipenuhi seawal 8 Oktober 2021. Artikel ini mengandungi maklumat tentang di manakah tempahan awal boleh dilakukan kerana lebih daripada satu saluran menyediakannya.

image is not available

Harga siri iPhone 13 di Malaysia

Tidak seperti siri iPhone 12, siri iPhone 13 kali ini hadir dengan storan sekurang-kurangnya 128GB dan siri ini juga pertama kalinya memperkenalkan iPhone yang miliki sotran sehingga 1TB.

Berikut adalah senarai harga semua iPhone 13 yang ditawarkan dalam pasaran Malaysia:

iPhone 13 Mini

  • 128GB RM3,399
  • 256GB RM3,899
  • 512GB RM4,799

iPhone 13

  • 128GB RM3,899
  • 256GB RM4,399
  • 512GB RM5,299

iPhone 13 Pro

  • 128GB RM4,899
  • 256GB RM5,399
  • 512GB RM6,299
  • 1TB RM7,199

iPhone 13 Pro Max

  • 128GB RM5,299
  • 256GB RM5,799
  • 512GB RM6,699
  • 1TB RM7,599

Beli melalui laman e-Dagang

Saluran utama untuk mendapatkan siri iPhone 13 ialah melalui pengeluarnya sendiri iaitu Apple.com.

Shopee menerima tempahan iPhone 13 melalui wakil penjual sah seperti ITWorld, Machines, SenQ, Switch and Thunder. Untuk siri iPhone 12 tempoh hari, Shopee ada tawarkan baucar RM400 melalui bank, kami jangkakan tawaran hampir serupa bakal diadakan pihak mereka untuk kali ini.

Lazada turut menyenaraikan dua daripada empat iPhone iaitu iPhone 13 dan 13 Pro tapi jualannya dibuka pada 8 Oktober 2021.

Beli melalui wakil penjual sah

Selain membuka gedung dalam talian di laman e-Dagang, kebanyakan wakil penjual turut menjual di laman rasmi masing-masing. Berikut ialah beberapa pilhan yang anda ada:

Beli melalui telco

Kalau nak dapatkan pada harga subsidi dan dikepilkan bersama pelan telco, and aboleh dapatkannya melalui:

Anda boleh baca lebih lanjut tentang siri iPhone 13 di sini.