Nubia Red Magic 6s Pro Dilancarkan – Cip Snapdragon 888 Plus, Skrin 165Hz, Memori Mencapai 18GB RAM

TechnologyDigital
6 Sep 2021 • 7:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah lagi peranti di bawah rangkaian Nubia Red Magic 6 dilancarkan secara rasminya di China, hari ini. Ianya dikenali sebagai Nubia Red Magic 6s Pro dan dilihat lengkap dengan beberapa peningkatan lebih baik berbanding pendahulunya.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Nubia Red Magic 6s Pro dilengkapi skrin AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 165Hz. Seperti pendahulunya, ia juga masih mengekalkan butang bahu pada sisi kanan peranti yang berguna untuk sesi permua lebih menyeronokkan.

image is not available

Seterusnya, cip yang digunakan adalah Snapdragon 888+ bersama padanan memori sehingga 18GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman sehinga 512GB (UFS 3.1). Tidak hanya itu sahaja, ia juga menampilkan sistem penyejukan pelbagai dimensi dikenali sebagai ICE 7.0 – yang turut sama menampilkan kipas 20,000 RPM dengan lampu RGB, bingkai tengah diperbuat daripada aluminium dan sebagainya.

image is not available

Bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W disertakan padanya. Kamera utama pula adalah 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel, manakala kamera swafoto sebesar 8 -Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuk – WiFi 6E, Bluetooth 5.1, NFC, menjalankan RedMagic OS 4.5 yang berasaskan Nubia UI serta Android 11 dan banyak lagi. Di China, Nubia Red Magic 6s Pro dijual pada harga bermula RMB 3,999 (~RM2,567) untuk model asas.

image is not available

Sumber : Nubia