Robot pemotong rumput Segway boleh jadi tukang kebun yang tak banyak songeh

6 Sep 2021 • 1:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pengeluar kenderaan mobiliti peribadi Segway, telah mengumumkan robot pemotong rumput Navimow. Seperti robot penyedut hampagas yang ada dalam pasaran, robot ini berfungsi seperti itu juga, cumanya ia bekerja dalam halaman rumah anda.

image is not available

Beza Navimow dengan produk sedia ada adalah ia tidak memerlukan parameter fizikal ditetapkan sebagai ruang operasinya. Sebaliknya, ia menggunakan parameter maya yang ditetapkan menggunakan koordinat satelit penjejak GNSS untuknya mengetahui pagar digital yang tidak boleh dilepasinya.

Sekiranya terdapat perubahan parameter, ia boleh disunting terus melalui aplikasi telefon pintar, tanpa perlu turun semula ke padang.

image is not available

Untuk tujuan menentukan lokasi, Navimow tidak sekadar bergantung kepada isyarat satelit. Ia turut menggunakan sejumlah sensor lain. Hasil gambungan data kesemua sensor ini mampu berikan kejituan sehingga 2cm.

image is not available

Robot ini cukup berkuasa untuk menempuhi walaupun permukaan yang tak rata kerana dua tayar belakangnya masing-masing diberikan motor. Dengannya, ia mampu mendaki walaupun pada kecuraman 45%.

image is not available

Tidak sekadar memotong rumput, ia turut memotong rumput dengan selamat. Ada juga sensor yang membantu mengesan halangan. Sekiranya terdapat halangan, ia sama ada akan mengelaknya ataupun berhenti beroperasi terus dalam kes halangan benda hidup.

Navimow dijual dalam 4 varian bergantung pada berapa luas permukaan yang mampu ia cakupi.

  • H500E (500 meter pesegi) EUR1,425 (RM7,010)
  • H800 (800 meter persegi) EUR1,781 (RM8,762)
  • H1500E (1500 meter persegi) EUR1,999 (RM9,834)
  • H3000E (3000 meter persegi) EUR2,499 (RM12,294)

Melihat pada wang sebanyak itu untuk sebuah robot pemotong rumput, saya kelaskannya sebagai produk gaya hidup berbanding praktikal. Siapa yang akan halang robot ini daripada dicuri sewaktu bekerja?

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.