LG DVLED TV Ditawarkan Sehingga Saiz 325-Inci

TechnologyDigital
15 Sep 2021 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wayang sudah boleh dibuka di Malaysia selepas lebih empat bulan ditutup. Ketiadaan wayang menyebabkan pengguna yang berkemampuan melabur ke dalam televisyen pintar dengan saiz yang besar untuk tontonan filem yang lebih imersif di rumah. Tetapi skrin di pasaran masih kecil jika dibandingkan dengan skrin wayang. Bagi yang mencari televisyen dengan skrin gergasi LG DVLED TV telah dilancarkan semalam.

image is not available

LG DVLED TV ialah televisyen LED yang ditawarkan sehingga saiz 325-inci. Ia menggunakan sistem modular supaya pelanggan boleh memesan sistem TV dengan saiz dan resolusi yang diinginkan. Selain 16:9, pelanggan juga boleh memilih konfigursi 32:9 ulra lebar. Dua saluran boleh ditoton serentak dalam konfigurasi ini. Resolusi yang boleh dipilih pula ialah 2K, 4K dan 8K. Sistem operasi yang digunakan pula ialah WebOS.

image is not available

Harga jualan tidak diumumkan tetapi kos penghantaran, pemasangan, dan sokongan sahaja sudah mencecah $30,000. DVLED TV ialah alternatif kepada Samsung The Wall yang juga adalah televisyen skrin modular yang saiznya boleh diubah mengikut kehendak pelanggan.