Wow, Betul Ke Kita Boleh Rentas Negeri Awal Atau Pertengahan Oktober Ni?

LocalPolitics
28 Sep 2021 • 1:49 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Ini sememangnya berita yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana telah lama tak dapat pulang ke kampung atau Cuti-Cuti Malaysia.

image is not availableKebenaran rentas negeri dijangka dapat dilaksanakan pada bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan, rentas negeri akan mula diberikan 'lampu hijau' kepada orang ramai.

image is not available

Bukan itu sahaja, malah soal pembukaan sempadan negara juga sedang diperhalusi kementerian berkaitan dan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kesemua mengenai perkara tersebut turut akan diumumkan tidak lama lagi, termasuk pembukaan sempadan negara yang juga penting untuk mempercepatkan proses pemulihan negara.

Perbincangan pembukaan sempadan negara merangkumi cadangan sempadan negara dibuka kepada pelancong, peniaga dan usahawan untuk datang ke Malaysia dan membolehkan rakyat Malaysia melancong ke negara yang menerima kedatangan mereka yang telah lengkap vaksinasi.

“Ini adalah salah satu keputusan yang akan membawa kesan besar kepada negara,” kata Tan Sri Muhyiddin.

image is not available

Sumber: Bernama