Samsung ISOCELL HP1, sensor kamera 200MP, 50MP, dan 12MP dalam satu pakej

Digital
6 Sep 2021 • 5:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Samsung telah mengumumkan sensor kamera untuk telefon ISOCELL HP1. Sensor ini mengandungi 200MP, paling tinggi dalam industry untuk aktegorinya di atas format sebesar 1/1.22".

image is not available

Bagi memanfaatkan bilangan piksel yang supertinggi ini, mereka memperkenalkan satu teknolgi baharu yang dinamakan ChameleconCell.

Pixel binning adalah kaedah yang biasa kita dengar apabila piksel atas sensor digabungkan menjadi 1 piksel lebih besar bagi tujuan mempertingkat kemampuan di bawah keadaan malap.

Dalam teknologi ChameleconCell pula, kaedah pixel binning masih digunakan, tapi keadaan gabungan boleh wujud beberapa keadaan. Bagi kes sensor HP1, ia boleh gabungkan piksel menjadi 1.28 mikron (2×2) ataupun 2.56 mikron (4×4).

image is not available

Jadi, sensor ini boleh menjadi sensor 200MP, 50MP, ataupun 12MP bergantung kepada keadaan. Semua ini dikawal selia secara automatik oleh telefon mengikut keadaan cahaya tempatnya berada.

Antara keupayaan sensor ini adalah seperti rakaman video 8K pada kadar 30fps dengan kehilangan FOV yang minimum. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Samsung