Apple cuak dengan undang-undang yang bakal diluluskan Kesatuan Eropah ini

Digital
24 Sep 2021 • 10:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Suruhanjaya Kesatuan Eropah dilaporkan akan membentangkan rang undang-undang yang didalamnya terkandung arahan untuk mewajibkan peralatan elektronik yang ingin dijual dalam wilayah itu mengguna pakai lubang pengecas yang piawai.

Tentu sekali USB-C akan digunakan kerana sambungan inilah yang paling standard dalam pasaran ketika ini.

image is not available
Apple ada kabel USB-C tapi masih gunakan Lightning di hujung yang lagi satu

Hal ini bermakna, Apple akan merasai kesan arahan ini, jika undang-undang diluluskan, kerana mereka sajalah yang masih menggunakan sambungan proprietari Lightning sejak berzaman.

Satu lagi cadangan suruhanjaya itu adalah tiada lagi pengecas dikepilkan bersama produk elektronik, sesuatu yang dengan gembiranya sedang dilakukan Apple dan beberapa jenama lain sekarang.

Melalui pembentangan jawatankuasa yang mengelolakan draf kasar rang undang-undang tersebut, separuh daripada telefon yang diedarkan dalam tahun 2018 menggunakan mikro-USB, 29% USB-C, dan 21% Lightning.

Sumber: REUTERS