Semua Peranti Boleh-Lipat Samsung Akan Menerima Kemaskini OneUI 3.1.1 – Termasuk Model Galaxy Fold Dan Flip Pertama

TechnologyDigital
1 Sep 2021 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung adalah diantara beberapa syarikat pembuat peranti yang menjanjikan kemaskini perisian dan sistem operasi untuk peranti pintar yang agak lama di pasaran sekarang, dan kini, mereka telah menjanjikan kemaskini perisian OneUI 3.1.1 untuk semua peranti boleh-lipat mereka, termasuklah Samsung Galaxy Fold dan Galaxy Flip yang pertama.

Ia dilaporkan bahawa kemaskini OneUI 3.1.1 ini adalah kemaskini OneUI versi 3.0 terakhir sebelum Samsung memperkenalkan antaramuka OneUI 4.0 untuk peranti-peranti baru mereka.

image is not available

Dengan kemaskini ini, Samsung dilihat akan memperkenalkan ciri-ciri seperti Drag & Split yang mempercepatkan proses membuka pautan dalam mod multi-tetingkap, dan juga Multi-Active Window yang membolehkan pengguna membuka tiga aplikasi sekaligus apabila paparan Galaxy Fold terbuka, dan memudahkan proses pengubahsuaian tetingkap.

image is not available

Menurut Samsung, kemaskini OneUI 3.1.1 ini sudahpun mula dikeluarkan sejak 31 Ogos 2021, dan orang ramai dijangka akan menerimanya secara berperingkat kelak.

Sumber: Samsung