Gangguan Bekalan Air Di 463 Kawasan Pulih - Air Selangor

5 Sep 2021 • 3:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pekerja syarikat Pengurusan Air Selangor melakukan proses pengepaman air ke dalam lori air dari Rumah Pam dan Kolam Sedutan Taman Damai Utama di Puchong. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih, berjaya dipulihkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata ia meliputi kawasan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.

Beliau berkata Air Selangor menzahirkan rasa terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut.

Air Selangor juga menasihatkan pengguna agar mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor sama ada di Twitter, Facebook, Instagram atau laman web www.airselangor.com. - Bernama