Gelagat seorang pegunjung ketika mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Jika dahulu ianya sunyi, lengang dan kelihatan seolah-olah “mati” namun kini, pantai-pantai di Port Dickson kembali meriah dan “bernyawa” setelah pelancong dalam negeri kembali mengunjunginya mulai minggu lalu.
Tinjauan Getaran di dua pantai tersohor di Negeri Sembilan - Pantai Saujana dan Pantai Teluk Kemang - pada Khamis minggu lalu mendapati ramai telah mengerumuni destinasi pelancongan tersebut malah tidak kurang juga yang memasang khemah di persisiran pantai.
Jurufoto Sadiq Asyraf Mohd Yusof, sempat merakam gelagat ceria rakyat Negeri Sembilan yang tatakala beriadah di Pantai Saujana dan Pantai Teluk Kemang susulan kebenaran merentas daerah yang diberikan kepada negeri yang memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara. - Getaran, 21 September 2021
Seorang bapa melambung anaknya ketika bermain air di Pantai Saujana, Port Dickson.
Pantai Teluk Kemang di Port Dickson adalah pantai yang tersohor di Malaysia.
Ada juga pengunjung yang hadir ke pantai-pantai di Port Dickson untuk sekadar bersiar dan menikmati keindahan alam.
Sukan air juga merupakan salah satu tarikan yang popular dalam kalangan pengunjung di pantai-pantai di Port Dickson.
Gambar 'silhouette' pengunjung yang sedang bermandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
Setelah lebih setahun ditutup dek pandemik COVID-19, Pantai Teluk Kemang di Port Dickson kembali meriah.
Permandangan langit senja di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
Sekumpulan pengujung sedang menjamu selera di Pantai Saujana, Port Dickson.
Layang-layang juga adalah antara barangan yang laris dijual oleh penjaja mainan riadah Mohd Saifuddin Abu Bakar di Pantai Saujana, Port Dickson.