Video Anggota Polis Menangis Selepas Dapat Berita Ibu & Ayahnya Terpaksa Ditidurkan Undang Sebak Ramai

17 Sep 2021 • 6:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tiada orang yang sukakan khabar sedih lebih-lebih lagi jika melibatkan orang tersayang. Ianya akan lebih dirasai jika kita ketika itu berada berjauhan dan sudah lama tidak menemui mereka disebabkan tugasan.

Hal ini dapat dikaitkan dengan perkongsian seorang penguna TikTok, @mrbulatt87 yang berkongsi satu video memperlihatkan seorang rakannya yang juga anggota polis sedang menangis sebaik mendapat perkhabaran yang ibu dan ayahnya terpaksa ditidurkan akibat Covid-19.

“Semoga tabah bro”

Menerusi video tersebut, dapat dilihat anggota polis berkenaan yang sedang duduk di kerusi pemandu sebuah kenderaaan menangis teresak-esak sambil menjawab panggilan seseorang.

Difahamkan kedua ibu-bapanya juga adalah anggota PDRM seperti yang dimaklumkan rakannya itu.

image is not available

Tambahnya lagi, rakannya itu sudahpun mendapat cuti kecemasan untuk ekoran dari apa yang terjadi.

image is not available

Mohon doa orang ramai

Menerusi ruangan kapsyen, rakanya itu turut memohon doa orang ramaiuntuk mendoakan agar ibunya Normala Binti Abdul Ghani dan ayahnya, Sharip Bin Ibrahim diberikan kesembuhan.

Perkongsian tersebut nyata mengundang sebak orang ramai. Ramai yang kemudiannya diliaht mendoakan agar kedua ibu-bapanya kembali sihat dan kuat melawan virus tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available