GrabSupermarket sedia alternatif baharu untuk beli belah barang basah

1 Sep 2021 • 2:46 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

GrabSupermarket diperkenalkan kepada pengguna lewat 2020 lalu. servis ini membolehkan pengguna dapatkan barang basah semudah sambal duduk di depan TV. Berita baik, servis itu kini ditambah baik kerana ia menyokong penghantaran segera.

image is not available

image is not available
GrabSupermarket ada pilihan penghantaran segera

Menggunakan servis ini, anda boleh beli barang keperluan harian daripada sayur hinggalah daging untuk dihantar terus ke muka pintu anda. Kaedahnya sama sahaja, anda masukkan barang di dalam troli digital, pilih tarikh hantar, dan bayar.

Namun, ada bahagian yang perlukan untuk anda sesuaikan diri dengan servis ini. Misalnya, menurut laman FAQ, penghantaran dilakukan antara jam 7:30 Sedikit berbeza dengan servis GrabMark sedia ada, GrabSuperMarket tidak memaklumkan kepada anda daripada kedai manakah mereka dapatkan pesanan anda. Yang perlu anda tahu adalah, semua yang dipesan pastinya segar dan sekiranya perlu, cop halal ada dipaparkan untuk kemudahan.

GrabSuperMarket boleh digunakan untuk penduduk Petaling Jaya setakat ini.

View Original Article