17 persatuan dapat bantuan RM255,000, bangun industri pelancongan

9 Sep 2021 • 12:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM255,000 bantuan secara sekali bayar (one-off) kepada 17 persatuan pelancongan di Selangor.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata bantuan tersebut dengan setiap persatuan menerima RM15,000 adalah bagi merancakkan semula industri pelancongan di Selangor.

“Diharapkan insentif ini akan menbantu dan juga memberi peluang kepada persatuan pelancongan untuk terus memberikan sokongan kepada ahli-ahli mereka,” katanya hari ini.

Loy Sian berkata demikian pada majlis penyerahaan bantuan kepada 17 persatuan itu yang diadakan secara maya menerusi Facebook Tourism Selangor hari ini.

Katanya, bantuan itu diharap dapat menjamin kelangsungan industri pelancongan negeri seterusnya menyokong Kempen Pusing Selangor Dulu yang sedang giat dijalankan Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor.

Pada 9 Jun, Kerajaan Negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta bagi industri pelancongan.

Ia merangkumi RM1 juta bagi geran bantuan kewangan, RM1 juta bagi baucar pelancongan, RM300,000 untuk latihan pembelajaran pendigitalan dan RM255,000 bantuan ‘one-off’ kepada 17 persatuan pelancongan.

image is not available

The post 17 persatuan dapat bantuan RM255,000, bangun industri pelancongan appeared first on Selangorkini.