Dua terperangkap di air terjun Batu Berangkai

26 Sep 2021 • 8:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KAMPAR - Dua individu terperangkap di air terjun Batu Berangkai di sini, pada Ahad selepas paras air naik mendadak akibat hujan lebat.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 20 tahun dan remaja lelaki berusia 19 tahun tidak dapat menyeberangi sungai kerana keadaan arusnya yang deras.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Shahriman Mohamed Yusoff berkata, sepasukan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.24 petang.

"Mangsa terperangkap di seberang sungai akibat arus deras menyebabkan mangsa tidak dapat kembali ke laluan asal.

"Pasukan yang tiba diarahkan untuk mencari jalan alternatif yang membolehkan anggota untuk sampai ke tempat mangsa berteduh," katanya.

image is not available

Menurutnya, mangsa berjaya didekati dengan menggunakan trek lain dan seterusnya dibawa ke tempat selamat.

"Pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi ditamatkan pada jam 7 petang," katanya.