Walaupun ia adalah kamera aksi terhangat masa ini, isu pemanasan sewaktu merakam adalah yang sering diperkatakan dalam pengguna GoPro Hero 10 Black. Pengeluarnya mengambil maklum akan perkara tersebut dan ada dua berita baik tentang bateri Hero 10 telah diumumkan.
Firmware v1.15 untuk Hero 10 Black
Tak lama lagi, anda boleh periksa kamera masing-masing untuk kemas kini baharu yang membawakan tiga mode rakaman:
- Maximum Video Performance mode yang boleh anda gunakan untuk dapatkan video pada kualiti paling tinggi mampu dirakamkan.
- Extended Battery resolusi dan frame rate video dioptimumkan bersama-sama dengan penggunaan bateri
- Tripod / Stationary Video mode yang dikhaskan untuk rakaman secara kamera pegun. Dalam mode ini, HyperSmooth dan GPS dimatikan kerana tidak diperlukan.
Melalui ujian dalaman, berikut adalah hayat bateri dalam mode Tripod / Stationary dan diuji dalam persekitaran 25°C:
- 5.3K60 – +47% lebih lama daripada biasa
- 5.3K30 – +11% lebih lama daripada biasa
- 4K120 52% lebih lama daripada biasa
- 4K60 154% lebih lama daripada biasa
- 4K30 35% lebih lama daripada biasa.
Bateri Enduro untuk GoPro Hero 10 Black dan Hero 9 Black
Pengguna yang merakam dalam persekitaran ekstrim, GoPro ada bateri khas untuk anda. Pada USD25 (~RM103), bateri yang dipasarkan ini tahan lasak dalam suhu -10°C untuk kegunaan sukan bersalji dan sebagainya.

Kalau anda gunakannya dalam keadaan biasa sekalipun, hayat bateri dimaklumkan akan lebih panjang. Melalui ujian dalaman, kesan bateri Enduro kepada kamera adalah:
- 5.3K60 28% lebih lama daripada bateri biasa
- 4K120 40% lebih lama daripada bateri biasa
- 4K60 13% lebih lama daripad abateri biasa
- 1080p30 rakaman sehingga 120 minit
Sumber: GoPro
