Oppo Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Telefon Boleh-Lipat Pada Bulan Hadapan

TechnologyDigital
23 Oct 2021 • 9:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon boleh-lipat sedia menjadi fokus pelbagai pengeluar akhir-akhir ini, termasuk Android sendiri lebih dioptimasikan untuk telefon dengan skrin boleh-lipat.

Oppo sebelum ini sedia memperlihatkan beberapa konsep menarik menggunakan skrin boleh-gulung. Dan kini hadir laporan mengatakan Oppo akan memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka yang pertama pada bulan hadapan.

image is not available

Telefon boleh-lipat Oppo ini dikatakan akan menawarkan skrin 8-inci apabila dibuka, selain sokongan skrin 120Hz. Desas-desus awal turut mengatakan ia dijana cip Snapdragon 888.

Seperti penawaran Samsung, telefon boleh-lipat Oppo  ini juga dijangka berharga tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan telefon pintar boleh-lipat pertama Oppo ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved