Peranti Pixel Mula Menerima Kemaskini Android 12

TechnologyDigital
20 Oct 2021 • 1:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penantian pengguna Pixel berakhir pagi ini dengan Google akhirnya memberikan kemas kini Android 12 pada peranti-peranti yang masih disokong. Sistem operasi Android 12 membawakan perubahan mendadak antaramuka Material You yang lebih ceria dan membolehkan kustomasi yang lebih banyak oleh pengguna.

image is not available

Pengguna Pixel 3 dan ke atas boleh melakukan kemas kini secara OTA sekarang. Selain antaramuka baharu, pengguna dapat menikmati sistem keselamatan yang lebih baik bagi memastikan data dalam peranti selamat, ciri menghalang kamera serta mikrofon terus pada tetapan pantas, dan wigdet lebih pelbagai dengan rekabentuk yang tidak lagi terlalu formal.