Adobe Mengumumkan Penawaran Photoshop Dan Illustrator Melalui Web

TechnologyDigital
26 Oct 2021 • 9:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menjadi kebiasaan acara tahunan Adobe MAX yang disasarkan kepada pereka dan penggiat industri kreatif untuk berkongsi kemaskini mengenai aplikasi mereka. Antara kemaskini terbesar mereka adalah kebolehan menggunakan perisian Adobe Photoshop & Illustrator menerusi pelayar web. 

image is not available

Sekiranya anda biasa menggunakan Google Docs, konsep penggunaan perisian Photoshop dan Illustrator di pelayar web bukanlah untuk anda menggantikan sepenuhnya perisian tersebut, akan tetapi disasarkan kepada mereka yang ingin melakukan suntingan mudah, ataupun komentar. 

Jadi sekiranya anda ingin menunjukkan hasil kerja anda kepada klien anda, klien anda tidak perlu melanggan dan memuat-turun perisian Adobe, atau melakukan tangkapan skrin dan memberikan komentar dalam Powerpoint kemudian menghantarkannya semula kepada anda, sebaliknya ia boleh terus dilakukan pada pelayar web.

image is not available

Antara fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Photoshop & Illustrator untuk pelayar web termasuklah Polygon Tool, Lasso Tool, Healing Tool,  Pen Tool, Square Tool malah ia juga turut menyokong fungsi lain seperi Layer, Color Picker dan pelbagai lagi. 

Buat masa ini, fungsi Photoshop pada pelayar web masih dalam peringkat ujian Beta terbuka, manakala Illustrator pada pelayar web masih dalam peringkat ujian Beta tertutup. Anda boleh memohon sebagai penguji beta dilaman rasmi Adobe hari ini